Friday, 16 August 2019

Unikl Mestech | DIploma In Medical Assistant

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat yg sudi membaca sedikit perkongsian drpd aku ini..
Aku kembali setelah setahun aku menyepi drpd first blog aku yg sebelum nie.. so aku harap blog aku before this blh memberi serba sedikit gambaran tentang Unikl Mestech kan.. Alhamdulillah sepanjang setahun menyepi rupanya ramai juga yg DM aku kat IG n Twitter untuk tnya bbrapa soalan.. maaf kalau ada yg aku lewat reply ke reply yg xmenepati piawaian soalan kalian.. dalam tempoh setahun tu aku teramatlah busy... gitewww..
Okay kalini aku nk share pasal Course yg aku ambik kat UNikl Mestech selama tiga tahun nie from July 2016 hingga July 2019 nie..
Aku merupakan salah seorang Student Diploma in Medical Assistant (DMA) kat Unikl Mestech. Batch aku merupakan batch yg ke 3.. so nnt korang share korang batch yg keberapa plk?? 

Okay inilah Geng DMA Batch 3.. ini adalah gambar sewaktu kami melawati Hospital Kajang..

Untuk pengetahuan semua, course DMA nie pengurusan nya berbeza sikit daripada course2 yg lain yg terdapat di Unikl Mestech.. Contohnya Bila cuti Semester dak2 DMA blk cuti paling lewat dan datang untuk mulakan class paling awal.. Sepanjang belajar DMA paling lama cuti sem x silap sebulan dan selebihnya hanya 3 minggu.. Tp percayalah aku bukan nk citer pasal cuti sebenarnya sbb banyak benda menarik pasal DMA nie sebenarnya.. Bagi DMA nie ada 6 semester keseluruhannya dan biasanya course2 lain akan intern atau praktikal semasa diorang sem 6 tapi tidak untuk DMA.. DMA nie kira speacial sbb kita akan belajar teori dari semester 1 sampai pertengahn semester 4 dan selepas midsem break sem 4 sampai sem 6 kita akan ditempatkan di tempat klinikal masing2.. So Dari sem 1 sampai 4 tu kena lah struggle bljar teori supaya nnt bila dah ke tempat klinikal xde lah semua benda tak tahu (aku cerita berdasarkan pengalaman ye😂) .. 
So kena terror Anatomy, Pharmaco, Nursing , Medical n banyak lg laaa..  Mesti korang rasa susah kan?? Sbb ramai gak yg DM aku tnya susah x? Awak oiii study apa2 pn susah awak oiii so nak ngn xnak je awak untuk memudahkan study awak tu kena lah study betol2.. gitewww... 
Nnt bila belajar kat Unikl Mestech korang akan jumpa dengan Sir yg femes kat sana yg akan Ajar Subjek Anatomy iaitu Sir Taufiq , yg ajar Medical  Sir Rahimy , Yg ajar Nursing  Sir Razak, yg ajar Surgical Sir Zulaily dan yg  ajar Pharmaco dan beliau jg merupakan program coordinator DMA iaitu Sir Norzein.. 
Sebenarnya seronok study DMA nie banyak benda yg aku dapat sepanjang aku belajar di sini.. 

Gambar ini diambil semasa aku dan kawan2 belajar buat teknik suture ataupun TnS kat Tikus tu.. time tu kitaorang diberi peluang buat kat tikus.. so nie la satu drpd pengalamn yg aku dpt :)

Okay untuk perjalanan prektikal aku plk adalah batch aku dibahagikan kepada 2 group satu group ditempatkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh dan satu lg di Hospital Slim River Perak.. Aku ditempatkan di Hoshas so jd orang Temerloh untuk hampir setahun.. banyak pengalaman yg aku dapat sepanjang perjalanan penempatan klinikal aku di temerloh.. okay aku listkan lah antara tempat2 yg pernah aku dan kumpulan sempat menyumbang tenanga dan menimba ilmu
1. Wad2 yg ada disana
2. Jabatan Kecemasan ED
3. Dewan Bersalin
4. Dewan Bedah
5. Postmortem
Dan banyak lagi laaa..
So untuk kesempatan yg ada nie aku nk ucapkan ribuan terima kasih buat staff2 HOSHAS yg mengenali kami ini diatas tunjuk ajar yg diberikan pada kami.. 
Sepanjang di HOSHAS kami di jaga oleh 2 orang Clinical instractor (CI) yg baik lg cantik.. Thank you buat Madam Nur Asikin dan Miss Anisa diatas pengorbanan dan ilmu yg diberikan buat kami.. semoga Allah membalas semua jasa baik kalian.. 
Perjalanan Prektikal aku bukan sahaja di Hospital malah Di Klinik Kesihatan jg.. Aku ditempatkan di Klinik Kesihatan Sri Kembangan bersama 11 org lg kawan2 aku.. aku juga nak ucapkan ribuan terima kasih kpd smua staff kksk sbb bnyak bg tnjuk ajar buat kami.. Tempoh di Klinik kesihatan hanya 3 bulan sahaja.. 
Aku rasa cukup je la setakat ini kisah aku sepanjang menjadi student DMA unikl mestech nie.. Terlampau banyak memeri dan pengalaman yg aku dpt sepanjang 3 tahun ini.. 


Ini merupakan group di HOSHAS bersama 2 org CI

Conclusion, DMA bg aku sangat menyeronokkan.. Alhamdulillah kini aku menuju ke alam pekerjaan sebagai seorang Medical Assistant.. So dah bergelar Alumni unikl Mestech dah.. Nnt wish lah kat aku sbb Majlis Konvokesyen dah nk dekat dah.. itss comingggg!!! Insya Allah upcoming Oktoberrrr...  
So buat korang yg nak sambung atau berminat untuk join DMA teruskan n aku nk wish sesiap selamat menjadi generasi Dak2 MA unikl Mestech.. aku harap apa yg aku share dpt bantu korang membuat pilihan yg tepat.. 
Kalau korang nak tanya pape atau no wish Congratulations blh lah contact aku di social media aku.. Thanks sbb sudi baca nukilan tah pape drpd aku yg ditulis pada 4 pg ini. Hahaha.. 
 BE GOOD, DO GOOD  TO EVERYONE, INSYA ALLAH THEY'LL BE GOOD AND DO GOOD TOO FOR YOU♥♥♥
SOCIAL MEDIA AKU:
Facebook: Hafawati Hamzah
Instagram: hafawatihamzah
Twitter: *updated* Twitter jarang On
No fon : 01x xxxxxx (okke yg nie gurau)

Sekian drpd aku yg xseberapa ni... hope u guys  enjoy


Tuesday, 20 February 2018

Jom Kenal UniKL Mestech Kajang

Assalamualaikum..
Mesti ramai yang tertanya2 kan Unikl Mestech tu mcm mana. Since result spm akan keluar x lama lagi so aku ambil pendekatan untuk share ngn adik2 yg confirm x tau nk further study kat mana kan.. so aku suggest la kalau korang minat tentang clinical lab ke environmental health ke, xpun Minat nk jadi pembantu perubatan so korang boleh la apply unikl mestech nie.. Tapi satu je la study kat sini x suasana dia x mcm study kat 'u' la sbb bangunan dia rumah kedai je... Bagi aku xkisah la bngunan rumah kedai ke bangunan apa atleast tmpt nk belajar timba ilmu tu selesa.. lecturer okay pn dah bersyukur.. Study kat sini okay je.. Hostel pn xde la jauh sangat dalam 1KM or 900M je... sekarang nie jarak bukan penghalang sbb nya dah bnyk kemudahan kalau rasa penat jalan kaki so naik la Uber ape salahnya tmbah2 Uber plk banyak bg Promo. Hahahaha.... Ok untuk pengetahuan korang hostel unikl mestech nie x macam hostel universiti2 lain tau sbb hostel kat sini bangunan rumah kedai jgk so hostel dia berbntuk sebuah rumah ada 3 bilik.. satu rumah akan ada 8 orang ahli.. Ada bilik 1, 2 , dan bilik 3.. Bilik 1 dipanggil Master Room.. Bilik tu ada toilet kat dlm n boleh muat 2 orang, harga dia pn lebih sikit drpd bilik2 lain.. Bilik 2 tu bilik tngh muat untuk 4 orang dlm ketiga2 bilik , bilik tengah harga paling murah.. seterusnya Bilik 3 tu blh muat 2 orang.. meja study kat ruang tamu.. kat ruang tamu tu korang nk baring kuak kupu2 5 orang pn boleh.. hahaha... Settle tntng Hostel kan .. so aku sentuh sikit tentang Pinjaman dekat sini.. Mcm semua tahu Unikl kan sepenuhnya milik MARA so kepada rakyat peribumi yg layak dpt MARA tu boleh dptkan pinjaman MARA tu cuma kena la bersabar dan lengkapkan setiap dokumen yg diminta.. Okay aku teruskan dengan mcm mna nk jalani kehidupan kat sini.. come guys this is kajang so korang nk pegi mana pn dekat je cuma perlu ada duit la.. Kat sini Stesen KTM dan MRT kajang dekat je naik je benda tu korang dh boleh dah nk g KL ke Cheras ke ikut la mana2 pn.. Mall yg dekat ngn sini adalah Metro Point Kajang , Plaza Metro Kajang dan jarak antara 2 Mall tu pn dekat je.. korang jalan pn sampai.. Semua bank pn dekat.. MCD, KFC TEXAS apa semua memang dekat so senang setiap hari pn boleh makan asalkan poket tebal.. Ioi Putrajaya pn dekat jgk.. Kiranya dekat la.. Kalau x caye dtng la tinggal kat sini sndiri.. Hahahaha... okay la aku harap perkongsian ni dapat membantu korang ye.. Thank you kerana meluangkan masa korang disini..

P/s: Buat korang yg nak tahu serba sedikit tentang Diploma Medical Assistant Unikl Mestech boleh la tekan link nie https://letsknowuniklmestech.blogspot.com/2019/08/unikl-mestech-diploma-in-medical.html?m=1  kat situ aku ada share sikit tentang course tu n gambaran tentang perjalanan sepanjang 6 semester.. Harap ia dpt membantu korang semua😊 BUAT JUNIOR2 SELAMAT MENEMPUHI PEJALANAN 6 SEMESTER.. USAHA BERDOA DAN TAWAKAL SERTA YAKIN AKAN DIRI SENDIRI🥰
#JalaniNikmatiSyukuri

Ada apa2 pertanyaan Korang Boleh Hubungi Aku menerusi:
INSTAGRAM : @hafawatihamzah
TWITTER : *updated* Sorry Twitter aku jarang On

Unikl Mestech | DIploma In Medical Assistant

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum buat yg sudi membaca sedikit perkongsian drpd aku ini.. Aku kembali setelah setahun aku menyepi...